Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Tuesday, September 18, 2012

Ubah diri menjadi lebih baik



Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ

(yang bermaksud) : "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat"

(surah al-Baqarah, ayat 222)

Diri aku lemah, selalu melakukan kesilapan sama ada sedar ataupun tidak sedar.

Aku sering kali sedar tentang dosaku namun kadang-kadang aku mengulanginya.

Wahai diriku, begitu banyak dosa yang engkau lakukan...

Wahai jiwaku, begitu banyak dosa yang engkau lakukan wahai jiwa..

Aku sering kali bertaubat, namun aku masih mengulanginya dan bertubat lagi.

Kadang-kadang aku mempermainkan taubat itu, tetapi aku bukan sengaja. Iman aku lemah. Niat aku memang mahu berubah, namun aku tidak dapat lari dari godaan syaitan.

Firman Allah di dalam hadits qudsi :

مَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ

(yang bermaksud) : "Hamba-Ku masih terus mendekati kepada-Ku dengan perbuatan-perbuatan sunnah hingga Aku mencintainya. Ketika Aku mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya ya

ng ia gunakan untuk mendenar, Aku menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat"
Walaupun aku seoalah-olah main-main ketika betaubat kerana masih mengulanginya namun Allah masih menerima taubat kita walaupun beratus kali.

Aku Ikhlas bertaubat, tetapi kadang-kadang ianya tidak bertahan lama selepas diri kita leka.

Betapa sayangnya Allah,
Allah beri kita banyak peluang... Allah maha pengampun..

Aku perlukan kemanisan Iman,
Aku mahukan kekuatan iman yang mantap.
Aku mahu menjadi hamba yang soleh dan tidak lagi leka dengan godaan syaitan dan kelalaian dunia..

Moga hasratku tercapai..
ianya susah tetapi tidak mustahil..

Rasa diriku sangat hina,
malu rasa diri ini jika mendampingi para-para ustaz, para-para pejuang Islam, para-para Ulama' atas kekurangan diri dan dosa-dosa lampau..

Semoga aku istiqamah untuk mengubah diri lebih baik.
Allah.. bantu aku..

No comments:

About