Agak teruja apabila dijemput oleh sahabat seperjuangan untuk ke Myanmar. Maklumlah orang kampung. Tidak pernah keluar dari ruang lingkup yang lebih luas.
Tujaun pergi bukan nak melancong, bukan pergi nak bersuka ria tetapi pergi dengan amanah rakyat Malaysia iaitu menghantar bantuan kewangan kepada saudara semuslim etnik Rohingya disana.
Sudah lama sebenarnya untuk ke sana, namun pelbagai faktor menyebabkan ianya tertunda dan akhirnya ditakdirkan Allah untuk ke sana. Pasport dah berbulan-bulan aku buat. Gambar sudah tangkap banyak kali. Biasalah, orang yang teruja nak ke luar negara
Aku bersama sahabat yang lain, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss iaitu seorang pemimpin muda hebat yang diamanahkan sebagai Ketua Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia bersama-sama Ustaz Isran yang hebat berdakwah serta Yaseer yang 24 jam infaq masanya di dalam perjuangan Islam ini.
Dua orang lagi sahabat yang patut bersama-sama terpaksa akur dengan takdir ilahi apabila diberikan dugaan oleh Allah menyebabkan mereka tidak dapat bersama-sama.
Berlepas kira-kira jam 6.30 pagi dari LCCT tapi dah bergerak dari ipoh sejam malam sebelum itu selepas menonton kegagalan Harimau Malaya dalam Piala AFF.
Aku, Ustaz Isran dan Yaseer tiba di Yangon, Myanmar kira-kira jam 10 pagi dan disambut oleh bekas pelajar UIAM. Dr Raja tiba lewat kerana penerbangan lain.
Aku terpinga-pinga melihat suasana di lapangan terbang itu. Majoriti mereka berkain pelekat, baju ta'in kemas. Kenapa semua ramai kain pelekat? Soal aku kepada Yaseer. Dia kata, owh mungkin budaya dan tradisi mereka.
Aku dibawa ke sebuah hotel di tengah-tengah pekan sambil menunggu Dr Raja sampai. Selepas anak raja itu sampai, kami dibawa melihat suasana pekan, Suasana sangat berbeza dengan Kuala Lumpur. Daif tetapi sama sibuk dan sesak seperti ibu kota kita.
Kebisingan hon sangat merimaskan aku, Owh ini budaya mereka. Mengunakan hon sebaik mungkin. Mereka memandu seperti tidak cermat tetapi agak selamat.
Kami berpeluang solat Jumaat di situ. Mendengar khutbah walaupun tak faham. Perbezaan sangat ketara dengan ktubah di Malaysia. Di Malaysia khutbah panjang berjela-jela, di sana tak sampai 10 minit namun solat sangat lama dengan bacaan surah yang panjang.
Aku sangat teruja dapat merasa berjemaah di negara luar yang bukan majoritinya Islam.. Setelah usai solat, aku terus keluar. Ramainya umat Islam yang minta sedekah, hiba rasanya.
Perut kami sangat lapar, kami dibawa ke sebuah kedai makanan Islam di tengah-tengah pekan Yangon. Fuhh.. rasanya sangat sedap.. Selera rasanya..
Selepas itu, kami pulang ke hotel kerana ada perjumpaan dengan wakil pelajar Islam disana. Kami berbincang tentang nasib rakan seagama kita di Rohingya.
Kami dikhabarkan tidak dapat masuk ke Arakan iaitu negeri terletaknya etnik Rohingya. Jadi kami tidak akan mengikuti perjalanan berpuluh jam ke sana. Wakil etnik akan berjumpa kami keesokan harinya.
Malam itu tiada program, hanya cari makan sahaja. Adeihh... Susahnya nak cari kedai Islam. Satu sahaja destinasi kita iaitu kedai yang kami makan petang tadi. Di Yangon, teksi sangat banyak. Setiap saat mesti ada kelibat teksi yang kebisingan mencari penumpang. Kami menaiki teksi ke sana.. aku sembang la merapu-rapu dengan pemandu teksi walaupun tidak tak faham. Haha..
Lepas makan, kami pusing-pusing di pekan Yangon. Sangat membosankan! Tiada arah tuju kerana tiada destinasi yang menarik di tengah malam. Kami mencari hotel yang lebih berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong untuk membeli belah. Dengan tujuan untuk memudahkan kami bersakan keesokan harinya.
Keesokan paginya, kami memikirkan apakah program yang akan kami lakukan. Dijadualkan wakil etnik Rohingya akan tiba berjumpa dengan kami pada sebelah petang. Jadi kami akan gunakan masa yang terluang untuk meronda mencari ole-ole untuk keluarga dan sahabat handai. Kami sarapan dulu di hotel tersebut sebelum berpindah ke hotel baru. Kita sangat was-was dengan makanan tersebut. Kami tanya kepada chef. Dia menyebut "halal'" "halal" "halal". Jadi kami meyakinkan diri.
Setelah selesai memuaskan nafsu serakah perut, kami bergerak ke hotel baru dan menghantar barang-barang sebelum menghabiskan duit. Lokasi pertama kami ialah kedai batu jit. Myanmar ni terkenal dengan batu-batu dan ini menjadi sumber utama negara itu.
Kami sangat mesra dengan pemilik kedai tersebut yang diusahakan oleh sebuah keluar. Comel-comel je yang menjadi juru jual kedai itu. Mereka petah berbahasa melayu. Tempat tersebut memang menjadi tumpuan orang-orang besar Malaysia. Aku melihat foto album di situ. Giler!! Siti Nurhaliza pun singgah kedai ni.. haha.. bukan itu sahaja, Tun Mahathir, Rosmah Mansor, Najib, dan Sultan Perak turut datang ke kedai itu. Bukan calang-calang kedai. Cehh.. gambar Dr Raja Iskandar pun ada. Rupa dia pernah datang sebelum ini
Aku menghabiskan puluhan ringgit membeli gelang untuk rakan-rakan dan keluarga. Itu menjadi rutin jika aku pergi melancong. Perkara utama aku ialah mencari ole-ole untuk menggembirakan rakan dan keluarga.
Selepas itu, kami dibawa oleh anak kepada pemilik kedai batu jit itu mencari kedai-kedai menarik untuk membeli belah. Rambang mata dibuatnya. Macam kera masuk Muzium.. Haha.. Aku membeli perhiasan berasaskan batu. Dan selepas itu aku membeli puluhan baju untuk rakan-rakan dan keluarga.Aku sayangkan mereka. Pergi mana pun mesti ingatkan mereka.. hehe.. harap mereka juga begitu.
Selepas selesai membeli belah, perut kami sudah bergendang. Kami pening untuk mencari kedai halal. Akhirnya jumpa sebuah kedai. Ada ayat suci Al-Quran di kedainya. Kedai agak daif dan tidak selesa namun kami tidak ada pilihan lain.
Setelah selesai, kami bersiar-siar di pekan Yangon sambil melihat suasana, hiruk pikuk dan telatah rakyat disana hingga lewat petang. Wakil Rohingya sudah tiba, kami berjumpa dengannya di sebuah masjid di Yangon dengan bekalan RM20 ribu amanah rakyat Malaysia.
Kami berbual dengan beliau, Beliau ternyata gerbira bercampur hiba melihat usaha murni kami. Beliau menceritakan tentang apa yang berlaku di Arakan.Aku sangat bersyukur kerana masih hidup dalam keadaan aman di Malaysia walaupun dibawah pemerintahan sekularisme jajahan barat.
(Ustaz Isran bersama Dr Raja Iskandar menyerahkan bantuan RM20 ribu kepada wakil etnik Rohingya)
Setelah selesai, kami pulang ke hotel. Kami berehat seketika dan menunaikan solat. Pada malam itu, kami keluar bersiar-siar. Malam terakhir di Myanmar, malam yang bosan tetapi agak tenang. Melirik kebosanan ditengah-tengah kota yang serba kedaifan. Walaupun tiada arah tuju, namun kami tenang melihat suasana di negara orang.
Kami pulang ke hotel untuk berehat. Esok, awal pagi akan bertolak ke Malaysia. Rasa sedih kerana belum puas mencari pengalaman di sini. Namun aku redha dan sambil berdoa agar diberikan lagi peluang untuk pergi ke sini lagi.
Kami berlepas daripada Lapangan Terbang Yangon kira-kira jam 7 pagi. Aku rasa bersyukur kerana dapat pijak di negara orang lain. Rasa terharu dengan bantuan-bantuan sahabat yang menyumbang kepada aku untuk ke sini.
Apa yang penting, aku dapat menunaikan amanah rakyat Malaysia yang menyumbang kepada etnik Rohingya. Moga bantuan kecil kami dapat membantu meringankan beban mereka, Moga Allah melindungi keluarga kita disana. Amin..
Antara gambar menarik
1 comment:
Salam. Sy tertanya2 adakah etnik rohingya sahaja yg tertindas di myammar? adakah muslim yg etnik lain bleh hidup aman spt biasa di myammar?
Post a Comment