Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Tuesday, August 13, 2013

5 Sebab Mengapa Ber"Couple" Itu Haram

Dengan Nama Allah yang Maha Tinggi...
KENAPA COUPLE HARAM??
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping”
dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Wednesday, January 30, 2013

Pengalaman ranum di Myanmar


Agak teruja apabila dijemput oleh sahabat seperjuangan untuk ke Myanmar. Maklumlah orang kampung. Tidak pernah keluar dari ruang lingkup yang lebih luas.

Tujaun pergi bukan nak melancong, bukan pergi nak bersuka ria tetapi pergi dengan amanah rakyat Malaysia iaitu menghantar bantuan kewangan kepada saudara semuslim etnik Rohingya disana.

Sudah lama sebenarnya untuk ke sana, namun pelbagai faktor menyebabkan ianya tertunda dan akhirnya ditakdirkan Allah untuk ke sana. Pasport dah berbulan-bulan aku buat. Gambar sudah tangkap banyak kali. Biasalah, orang yang teruja nak ke luar negara

Aku bersama sahabat yang lain, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss iaitu seorang pemimpin muda hebat yang diamanahkan sebagai Ketua Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia bersama-sama Ustaz Isran yang hebat berdakwah serta Yaseer yang 24 jam infaq masanya di dalam perjuangan Islam ini.
Dua orang lagi sahabat yang patut bersama-sama terpaksa akur dengan takdir ilahi apabila diberikan dugaan oleh Allah menyebabkan mereka tidak dapat bersama-sama.

Berlepas kira-kira jam 6.30 pagi dari LCCT tapi dah bergerak dari ipoh sejam malam sebelum itu selepas menonton kegagalan Harimau Malaya dalam Piala AFF.

Aku, Ustaz Isran dan Yaseer tiba di Yangon, Myanmar kira-kira jam 10 pagi dan disambut oleh bekas pelajar UIAM. Dr Raja tiba lewat kerana penerbangan lain.

Aku terpinga-pinga melihat suasana di lapangan terbang itu. Majoriti mereka berkain pelekat, baju ta'in kemas. Kenapa semua ramai kain pelekat? Soal aku kepada Yaseer. Dia kata, owh mungkin budaya dan tradisi mereka.

Aku dibawa ke sebuah hotel di tengah-tengah pekan sambil menunggu Dr Raja sampai. Selepas anak raja itu sampai, kami dibawa melihat suasana pekan, Suasana sangat berbeza dengan Kuala Lumpur. Daif tetapi sama sibuk dan sesak seperti ibu kota kita.

Kebisingan hon sangat merimaskan aku, Owh ini budaya mereka. Mengunakan hon sebaik mungkin. Mereka memandu seperti tidak cermat tetapi agak selamat.

Aku dibawa ke kawasan majoriti beragama Islam untk menunaikan fardu Jumaat. Masyaallah, sedih melihat saudara kita disana yang serba kedaifan. Peminta sedekah ada dimana-mana. Hidup seba kekurangan.

Kami berpeluang solat Jumaat di situ. Mendengar khutbah walaupun tak faham. Perbezaan sangat ketara dengan ktubah di Malaysia. Di Malaysia khutbah panjang berjela-jela, di sana tak sampai 10 minit namun solat sangat lama dengan bacaan surah yang panjang.

Aku sangat teruja dapat merasa berjemaah di negara luar yang bukan majoritinya Islam.. Setelah usai solat, aku terus keluar. Ramainya umat Islam yang minta sedekah, hiba rasanya.

Perut kami sangat lapar, kami dibawa ke sebuah kedai makanan Islam di tengah-tengah pekan Yangon. Fuhh.. rasanya sangat sedap.. Selera rasanya..

Selepas itu, kami pulang ke hotel kerana ada perjumpaan dengan wakil pelajar Islam disana. Kami berbincang tentang nasib rakan seagama kita di Rohingya.

Kami dikhabarkan tidak dapat masuk ke Arakan iaitu negeri terletaknya etnik Rohingya. Jadi kami tidak akan mengikuti perjalanan berpuluh jam ke sana. Wakil etnik akan berjumpa kami keesokan harinya.

Malam itu tiada program, hanya cari makan sahaja. Adeihh... Susahnya nak cari kedai Islam. Satu sahaja destinasi kita iaitu kedai yang kami makan petang tadi. Di Yangon, teksi sangat banyak. Setiap saat mesti ada kelibat teksi yang kebisingan mencari penumpang. Kami menaiki teksi ke sana.. aku sembang la merapu-rapu dengan pemandu teksi walaupun tidak tak faham. Haha..

Lepas makan, kami pusing-pusing di pekan Yangon. Sangat membosankan! Tiada arah tuju kerana tiada destinasi yang menarik di tengah malam. Kami mencari hotel yang lebih berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong untuk membeli belah. Dengan tujuan untuk memudahkan kami bersakan keesokan harinya.

Keesokan paginya, kami memikirkan apakah program yang akan kami lakukan. Dijadualkan wakil etnik Rohingya akan tiba berjumpa dengan kami pada sebelah petang. Jadi kami akan gunakan masa yang terluang untuk meronda mencari ole-ole untuk keluarga dan sahabat handai. Kami sarapan dulu di hotel tersebut sebelum berpindah ke hotel baru. Kita sangat was-was dengan makanan tersebut. Kami tanya kepada chef. Dia menyebut "halal'" "halal" "halal". Jadi kami meyakinkan diri.

Setelah selesai memuaskan nafsu serakah perut, kami bergerak ke hotel baru dan menghantar barang-barang sebelum menghabiskan duit. Lokasi pertama kami ialah kedai batu jit. Myanmar ni terkenal dengan batu-batu dan ini menjadi sumber utama negara itu.

Kami sangat mesra dengan pemilik kedai tersebut yang diusahakan oleh sebuah keluar. Comel-comel je yang menjadi juru jual kedai itu. Mereka petah berbahasa melayu. Tempat tersebut memang menjadi tumpuan orang-orang besar Malaysia. Aku melihat foto album di situ. Giler!! Siti Nurhaliza pun singgah kedai ni.. haha.. bukan itu sahaja, Tun Mahathir, Rosmah Mansor, Najib, dan Sultan Perak turut datang ke kedai itu. Bukan calang-calang kedai. Cehh.. gambar Dr Raja Iskandar pun ada. Rupa dia pernah datang sebelum ini

Aku menghabiskan puluhan ringgit membeli gelang untuk rakan-rakan dan keluarga. Itu menjadi rutin jika aku pergi melancong. Perkara utama aku ialah mencari ole-ole untuk menggembirakan rakan dan keluarga.

Selepas itu, kami dibawa oleh anak kepada pemilik kedai batu jit itu mencari kedai-kedai menarik untuk membeli belah. Rambang mata dibuatnya. Macam kera masuk Muzium.. Haha.. Aku membeli perhiasan berasaskan batu. Dan selepas itu aku membeli puluhan baju untuk rakan-rakan dan keluarga.Aku sayangkan mereka. Pergi mana pun mesti ingatkan mereka.. hehe.. harap mereka juga begitu.

Selepas selesai membeli belah, perut kami sudah bergendang. Kami pening untuk mencari kedai halal. Akhirnya jumpa sebuah kedai. Ada ayat suci Al-Quran di kedainya. Kedai agak daif dan tidak selesa namun kami tidak ada pilihan lain.

Setelah selesai, kami bersiar-siar di pekan Yangon sambil melihat suasana, hiruk pikuk dan telatah rakyat disana hingga lewat petang. Wakil Rohingya sudah tiba, kami berjumpa dengannya di sebuah masjid di Yangon dengan bekalan RM20 ribu amanah rakyat Malaysia.

Kami berbual dengan beliau, Beliau ternyata gerbira bercampur hiba melihat usaha murni kami. Beliau menceritakan tentang apa yang berlaku di Arakan.Aku sangat bersyukur kerana masih hidup dalam keadaan aman di Malaysia walaupun dibawah pemerintahan sekularisme jajahan barat.

(Ustaz Isran bersama Dr Raja Iskandar menyerahkan bantuan RM20 ribu kepada wakil etnik Rohingya)


Aku terfikir sejenak, apakah sumbangan kerajaan Malaysia terhadap nasib etnik Rohingya. Beratus ribu boleh dihabiskan untuk menganbil penasihat UPCO Yahudi Laknatullah tetapi tidak rasa terfikir untuk menzahirkan rasa solidariti terhadap umat Islam disini.

Setelah selesai, kami pulang ke hotel. Kami berehat seketika dan menunaikan solat. Pada malam itu, kami keluar bersiar-siar. Malam terakhir di Myanmar, malam yang bosan tetapi agak tenang. Melirik kebosanan ditengah-tengah kota yang serba kedaifan. Walaupun tiada arah tuju, namun kami tenang melihat suasana di negara orang.

Kami pulang ke hotel untuk berehat. Esok, awal pagi akan bertolak ke Malaysia. Rasa sedih kerana belum puas mencari pengalaman di sini. Namun aku redha dan sambil berdoa agar diberikan lagi peluang untuk pergi ke sini lagi.

Kami berlepas daripada Lapangan Terbang Yangon kira-kira jam 7 pagi. Aku rasa bersyukur kerana dapat pijak di negara orang lain. Rasa terharu dengan bantuan-bantuan sahabat yang menyumbang kepada aku untuk ke sini.

Apa yang penting, aku dapat menunaikan amanah rakyat Malaysia yang menyumbang kepada etnik Rohingya. Moga bantuan kecil kami dapat membantu meringankan beban mereka, Moga Allah melindungi keluarga kita disana. Amin..




 Antara gambar menarik

























Thursday, January 17, 2013

#KL112 momentum kebangkitan rakyat


#KL112

Rakyat semakin bangkit,
Tidak kira tua, muda, kurang upaya,
Pelbagai kaum dan bangsa
Bersatu jiwa menzahirkan suara,
Dengan tujuan menzahirkan azam perubahan
Menentang kebrorokan pemerintah.

Hati rasa gembira bercampur haru,
Melihat suasana yang sangat meriah,
Dengan pelbagai kerenah masyarakat,
Hadir dari jauh dan dekat.

Aku tidak ketinggalan bersama,
Bersama Jan yang baru berjinak di arena perjuangan,
Riak wajahnya gembira di kemunculan sulung dalam himpunan,
Semangatnya semakin menyerlah.

Batu Gajah Mari tidak ketinggalan,
Dua bas yang bertolak di awal pagi,
Dipimpin oleh YDP dan disertai oleh ramai kalian yang baru,
Bertambah semangat juang aku.

Rakan muslimat aku turut bersama,
Ainnur hadir dengan semangat yang lara,
Berpurdah hitam dengan ikatan Fisabilillah di kepala,
Sangat istiqamah dalam perjuangannya.

Adikku tidak melepaskan peluang,
dengan semangat yang lama ditanam,
Semangat berjuang tidak pernah hilang,
Hadir dengan niat yang murni.

Jiwa rasa ada kekurangan,
Merindukan bom pemedih mata,
Tempuran polis tidak menjelma,
Namun aku gembira tiada huru-hara.

Rakyat sudah buktikan,
Tidak akan huru-hara,
Jika FRU tidak menjelma,
Rakyat hanya mahu bersuara.

Ratusan ribu membanjiri stadium,
Sampaikan aku terperuk di luar,
Bersama ratusan hadirin yang bersemangat,
Inginkan perubahan pemerintahan tampuk.

Golongan Muda memajoritikan program,
Ada yang berpurdah dan menutup wajah,
Sudah ku tahu niat mereka,
Tidak mahukan pancarkan identiti.

Semangatku membuak-buak,
Melihat semangat anak muda,
Mengalir air mata,
Rasa syukur dan gembira.

#HKR112 menempa sejarah,
Laungan Merdeka buat kali kedua,
Bukan merdeka daripada penjajah luar,
Tetapi merdeka daripada regim Umno.

Memori Indan yang Kerdil
Muhammad Faeez Azahar













Wednesday, December 12, 2012

Tetutup sudah memori alam persekolahan

Assalamualaikum..
Salam Ukhwah..

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan saki baki hidup dalam suasana penuh mehnah dan tribulasi ini. Sungguh cepat masa berlalu, hari ini tepat di tarikh unik 12.12.12. Keunikannya hanya indah dan menarik namun maknanya tetap sama.

Tarikh tersebut kemungkinan memberi sejarah kepada beberapa insan di dunia ini. Kemungkinan hari ini tercatat memori yang tidak akan dilupakan. Antaranya kawan-kawan saya pra-universiti yang habis peperiksaan pada hari ini.

Tamatlah saki-baki hidup dialam persekolahan. Tutuplah memori sepanjang perjalanan sebagai seorang murid disekolah. Aku sudah 'terpaksa' tutup awal alkisah memori tersebut dan tidak sempat untuk menghabiskannya.

Sangat payah untuk meninggalkan alam persekolahan kerana ianya adalah paling seronok dan gembira berbanding di alam lain. Percayalah! ianya sukar dilupakan dan akan sentiasa terpahat di dalam ingatan kita.

Kepada sahabat-sahabatku terutama yang rapat dengan aku yakni insan yang kerdil ini, Jannatul, Faris Asnawi, Hafizuddin, Hazrin, Ummi Syakirah, Nurul Husna, Syafinaz, Mizah dan semuanya, selamat datang ke alam yang lebih dan penuh pancaroba ini. Ianya berlainan dengan zaman persekolahan.

Pengalaman ranum dialam persekolahan bersama kalian semasa dialam persekolahan yang singkat sangat mengembirakan. Secara jujur, aku sangat rindukan zaman persekolahan. Aku sangat rindu nak masuk kelas, aku sangat rindu nak kacau kalian. Aku sangat rindu! Hanya dapat pendamkan rasa.

Kalian tidak pernah ku lupakan dan sentiasa mengikuti perkhabaran kalian secara langsung. Walaupun beberapa bulan sahaja sempat memfilemkan memori di pra-u, namun ianya cukup bermakna.

Moga kalian tidak lupa kepada insan kerdil ini dan aku bersyukur kerana kalian dapat menghabiskan satu perjalanan menuju kejayaan dalam ranjau yang penuh liku.

Moga usaha kalian insan-insan harapan akan diberi kejayaan oleh Allah seterusnha dapat meneruskan perjalanan ke menara gading.

Kalian sudah berusaha, inilah masa untuk tawakkal kepadanya, Ingat!, jangan lupa minta pertolonganNYA, rajinkan solat memohon kejayaan.

Wallahualam..

Ikhlas daripada insan kerdil bernama Muhammad Faeez Azahar :-)



























Wednesday, October 24, 2012

Aurat terbuka dijilat Api Neraka


Aurat terbuka dijilat Api Neraka

Nabi saw. bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim)

Menutup aurat adalah perintah Allah.

Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat bertaubat.

DIKESEMPATAN INI, MARILAH KITA BERTAUBAT

About