Assalamualaikum..
Salam Ukhwah..
Alhamdulillah..
masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan saki baki hidup
dalam suasana penuh mehnah dan tribulasi ini. Sungguh cepat masa
berlalu, hari ini tepat di tarikh unik 12.12.12. Keunikannya hanya indah
dan menarik namun maknanya tetap sama.
Tarikh tersebut
kemungkinan memberi sejarah kepada beberapa insan di dunia ini.
Kemungkinan hari ini tercatat memori yang tidak akan dilupakan.
Antaranya kawan-kawan saya pra-universiti yang habis peperiksaan pada
hari ini.
Tamatlah saki-baki hidup dialam persekolahan.
Tutuplah memori sepanjang perjalanan sebagai seorang murid disekolah.
Aku sudah 'terpaksa' tutup awal alkisah memori tersebut dan tidak sempat
untuk menghabiskannya.
Sangat payah untuk meninggalkan
alam persekolahan kerana ianya adalah paling seronok dan gembira
berbanding di alam lain. Percayalah! ianya sukar dilupakan dan akan
sentiasa terpahat di dalam ingatan kita.
Kepada
sahabat-sahabatku terutama yang rapat dengan aku yakni insan yang kerdil
ini, Jannatul, Faris Asnawi, Hafizuddin, Hazrin, Ummi Syakirah, Nurul
Husna, Syafinaz, Mizah dan semuanya, selamat datang ke alam yang lebih
dan penuh pancaroba ini. Ianya berlainan dengan zaman persekolahan.
Pengalaman
ranum dialam persekolahan bersama kalian semasa dialam persekolahan
yang singkat sangat mengembirakan. Secara jujur, aku sangat rindukan
zaman persekolahan. Aku sangat rindu nak masuk kelas, aku sangat rindu
nak kacau kalian. Aku sangat rindu! Hanya dapat pendamkan rasa.
Kalian
tidak pernah ku lupakan dan sentiasa mengikuti perkhabaran kalian
secara langsung. Walaupun beberapa bulan sahaja sempat memfilemkan
memori di pra-u, namun ianya cukup bermakna.
Moga
kalian tidak lupa kepada insan kerdil ini dan aku bersyukur kerana
kalian dapat menghabiskan satu perjalanan menuju kejayaan dalam ranjau
yang penuh liku.
Moga usaha kalian insan-insan harapan akan diberi kejayaan oleh Allah seterusnha dapat meneruskan perjalanan ke menara gading.
Kalian
sudah berusaha, inilah masa untuk tawakkal kepadanya, Ingat!, jangan
lupa minta pertolonganNYA, rajinkan solat memohon kejayaan.
Wallahualam..
Ikhlas daripada insan kerdil bernama Muhammad Faeez Azahar :-)
No comments:
Post a Comment