Welcome to my place | Follow me
Wednesday, March 9, 2011
Sedarlah diriku
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan.
Di malam yang sunyi sepi ini, membuatkan aku berfikir sejenak tentang diriku. Inginku turutkan hati untuk bermuhasabah diri. Namun dalam pada itu juga, perasaan sedih dan pilu mula menyelebungi diri.
Lantas timbul pula beberapa persoalan tentang bagaimana pandangan insan lain tentang diriku di alam maya?
Adakalanya aku berasa mendapat perhatian, adakalanya juga aku berasa seperti tidak disukai masyarakat di alam maya.
1. Apa yang anda tidak suka tentang diriku?
2. Adakah aku tidak sedar diri dan hanya syok sendiri?
3. Adakah aku melebih-lebih?
4. Apa hinanya diriku?
5. Adakah aku hanya penting kegembiraan duniawi?
6.Apa pandangan anda tentang diriku?????????
aku mahu tahu...
Aku hanya mahu kegembiraan hidup, kemanisan hidup, dan kebahagiaan hidup.
Siapalah aku untuk disimpati, aku bukan sesiapa, aku bukan insan istimewa. Aku hanya insan yang kerdil
Tetapi ada juga orang yang tidak pedulikan aku sekali pun aku mengharapkan. Mungkin tidak semua orang boleh memuaskan hatiku. Dan aku juga insan yang tidak mampu memuaskan hati semua orang. Aku hanya insan kerdil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
huhu..
semua ok jer...
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.”
Riwayat ad-Dailani
i was here
sahabat sentiase ade disamping kamu :]
Post a Comment