Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Thursday, February 10, 2011

Bukan paras rupa yang menjadi ukuran



RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu."

Nilai yang paling utama bagi setiap manusia terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya. Namun, sesetengah manusia lebih mementingkan paras rupa bukannya amalan dan hati budi seseorang itu. Ingatlah, biarlah muka buruk asalkan hati kita cantik.

Allah lebih sayang kepada hambanya yang buruk tetapi taat pada perintahnya berbanding hambanya yang cantik atau kacak tetapi hatinya kotor dan melanggar perintahnya.


Wallahua'lam.

About