Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Tuesday, October 4, 2011

Luahan

Aku rindu sekolah!
Aku sangat rindu...

Rindu kawan-kawan
Rindu Guru-guru
Rindu kelas
Rindu buat bising dalam kelas
Rindu bersembang dengan kelas
Rindu belajar

Tapi apakan daya..
Aku memilih untuk keluar
Untuk memulakan perjalanan hidup yang penuh mehnah
Terpaksa meninggalkan zaman persekolahan
Kerana masa depanku
Kerana aku tidak mampu
Aku tidak yakin
Aku merasakan ini benda yang baik untukku
Dan aku merasakan ini jalan yang boleh menyelamatkan masa depanku

Mungkin ada yang tidak dan kurang senang dengan keputusanku
Harus diingat,
Mereka tiada dalam situasiku
Mereka tidak merasai keperitanku
Mereka tidak mengetahui pelbagai halangan yang diberikan

Aku tempuh ranjau ini dengan penuh bersabar
Moga mereka memahamiku..
Moga mereka tidak memikir buruk tentangku...

Bukan aku tak nak sekolah.
Tetapi pelbagai halangan untuk membuatku tidak bersekolah.

Hanya kerana perjuanganku.
Hanya kerana kerja buatku
Aku buat ini untuk Islam
Aku buat ini untuk kesejahteraan Ummah
Aku buat ini kerana mendengar perintahNYA

Alhamdulillah..
Aku dapat kerja dengan jemaah.

Aku selesa selesa bekerja dengan jemaah
Aku kian tenang
Aku kian gembira

Namun rinduku pada situasi persekolahan tetap utuh.

Buat rakan sekelasku.
Buat yang terbaik
Untuk Islam
Untuk Ummat
Untuk masa depan

Semoga berjaya di dunia dan akhirat.



Luahan hati seorang Insan Kerdil
Faeez Azahar

No comments:

About