Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Monday, October 17, 2011

Lelaki Menangis~

http://2.bp.blogspot.com/-9BDlbvWU-mU/TVsZJ3UzabI/AAAAAAAABsY/whtQGO5OJFI/s1600/000.jpg

Terlalu egokah seorang lelaki sehingga tidak sanggup menitiskan airmatanya?Pada saya ia adalah fitrah.Allah menjadikan airmata tidak hanya untuk menggambarkan perasaan sedih tapi ia datang dari pelbagai rasa dalam diri manusia. Dari sedih,gembira sampai lah ke rasa takut yang tersemat di jiwa. Tapi menangiskah seorang lelaki?

Fitrah semulajadi manusia itu pasti menangis. Yang belum pasti adalah masanya. Sifat ego membataskan tangisan kita gugur tanda sedih atau syukur. Tinggal sekejap rasa ego tersebut dan menangis lah kerna kita pasti tenang selepasnya. Seorang lelaki yang menitiskan airmata adalah seorang yang jujur pada dirinya. Pasti sesetengah manusia memandangnya dengan pandangan yang berbeza,tapi pasa hakikatnya dia telah melaksanakan tuntutan terhadap dirinya dengan menangis.

Ada pendapat menyatakan,lelaki yang mudah menangis tanda sedih,gembira atau takut serta melafazkan kata syukur adalah seorang lelaki yang tinggi nilai mahabbahnya,yang murni budi pekertinya dan mudah mengaku silapnya. Lelaki seperti ini juga seringkali bersangka baik terhadap sesuatu perkara.Masha Allah,moga kita lebih menghargai erti setitis air yang keluar dari mata yang melihat.

No comments:

About