Assalamualaikum
Akhir zaman ni,aku tengok ramai yang takut hak keistimewaan orang Melayu akan hilang jika dia memperjuangkan Islam. Takut kalau orang Melayu tertinggal dalam segalanya,sampai sanggup menafikan kewajipan menegakkan syiar Islam. Mereka ni lebih rela berada di bawah pemerintahan sekular lagi jahiliyyah daripada pemerintahan mengikut hukum Allah. Yeah,takut orang Melayu terkandas.Peluang habis diangkut oleh kaum lain.nak tahu,ini lah pejuang BANGSA ! Pahlawan hebat abad ini ! Apalagi,jomlaaa tabik spring ramai-ramai !
TAPI,
kasihan,dia pejuang bangsa bukan pejuang agama. Bukan memperjuangkan ISLAM yang akan membawanya ke akhirat nanti. dia cuma pentingkan duniawi. sebab tu lah dia sangat menyanjung semangat assabiyah yang ntah apa-apa tu. bangga dengan nama MELAYU. bukan bangga dengan nama ISLAM.
Aku nak tanya,ada apa dengan bangsa weh? Bangsa tu boleh bawak korang ke mana? ke syurga? aku hairan lah dengan orang yang tak habis-habis dengan ketuanan bangsa ni. Serius aku cakap,aku tak bangga pun jadi orang Melayu.
Sebab aku bangga jadi orang Islam. sebab dengan Islam lah kita boleh dapat keredhaan Allah dalam hidup. nanti kat akhirat, Allah tak tanya pun kau orang Melayu ke,Cina atau India. Ingatlah,satu-satunya agama yang Allah terima adalah Islam. Kita perlu bersatu atas nama Islam,bukan kaum.
Ada jugak yang anti-politik. katanya politik ini kotor,tak bersih,so,dia pun nak membersihkan tangannya lah daripada menyertai politik ni.Tahukah dia yang berpolitik ini wajib ? Rasulullah SAW juga berpolitik.Kat Malaysia ni,yang kotornya bukan politik,tapi orangnya. kita boleh pilih siapa yang kita nak untuk memerintah negara. tapi,nak buat macam mana, masih ramai lagi yang nak pemimpin yang tak mengamalkan Islam. mereka mahu mengasingkan Islam daripada kehidupan seharian. Nama saja negara Islam.
Menyokong parti yang memperjuangkan Islam itu wajib.kalau tak,macam mana nak tertegaknya agama Islam. janganlah kita mempersoalkan atau mempertikaikan sesuatu yang kita pun masih cetek ilmu dalam perkara itu.Tambah-tambah lagi menghina ulama'.Ulama' itu pewaris NABI. Siapa kita nak dibandingkan dengan ilmu dia?
Fitnah sekarang ni umpama debu. Seolah-olah perkara biasa. Manusia tak takut Allah,macam tu lah jadinya. Kita hanya mampu berdoa. tapi,yang pasti,Allah tetap akan memelihara agama-Nya.
Kalau kita tolong agama Allah,pasti Allah akan tolong kitahttp://simplysagacious.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment