Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Saturday, February 19, 2011

Wadah Perjuangan






Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah.. aku dapat terus bernafas di dunia yang penuh mehnah dan tribulasi ni.. cewah.. sedap punye ayat.. haha..

Semalam aku berkesempatan bersama rakan- rakan ke Himpunan Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah.. Aku bersama-sama rakan yang majoritinya terdidri daripada pelajar2 Universiti. Kami ke sana awal pagi..

Kami tiba disana tepat azan Subuh berkumandang.. Ketika itu tempat terebut sudahpun dibanjiri oleh pemuda2 dari seluruh pelusuk negara.. Aku sungguh teruja!!

Himpunan itu berpula jam 9.oo pagi. Pemuda-pemuda dibahagikan mengikut negeri masing-masing.. Ketika itu, padang tempat berkumpul telah dibanjiri oleh lebih 30 ribu orang... Teriakan TAKBIRRR bergema di kawasan itu.. Semangat kami semakin membara.. Para pimpinan menyampaikan pidato dan kata-kata semangat kepada kami.. Walaupun panas terik, kami tetap tidak berganjak...

Di ketika panas membara, kami digemparkan dengan berita mengenai ada artis terkenal yang akan menyertai wadah perjuangan PAS pada hari tersebut.. Artis yang dimaksudkan ialah Bob Lokman.. Beliau memakai jubah dan berkopiah disambut oleh pemuda-pemuda dengan laungan TAKBIRRR... Beliau telah menyerahkan borang keahlian kepad Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan. Kami sangat terharu dengan kedatangannya ke medan perjuangan PAS.. Syukur, akhirnya beliau sudah terima dengan perjuangan PAS... Ini menunjukkan PAS diterima oleh semua golongan termasuk artis..








Beliau ketika berucap mengatakan antara faktor dia berubah ialah PAS dan Tok Guru Nik Aziz.. Beliau setiap malam akan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Musrsyidul Am itu.. Selain Bob, artis yang bersama-samanya semalam ialah Pak Long, Radzi dan beberapa artis lain lagi.. Telatah Bob Lokman berceramah amat mengembirakan pemuda.. Kami hilang rasa letih apabila dihiburkan dengan ceramah yang penuh lucu dan mendalam..

Inshaallah.. kedatangannya di dalam PAS akan memberi manfaat kepada parti.. Moga beliau terus mendapat rezeki yang melimpah ruah walaupun sudah berada dalam wadah perjuangan PAS..

Setelah habis majlis penutup, kami pemuda-pemuda PAS Perak berkumpul dan mengambil gambar kenangan sebelum bertolak ke Perak. Alhamdulillah.. kami pulang dengan membawa pelbagai kenangan dan semangat berjuang.. Takbir!!!



1 comment:

Nur Mujahidah said...

Assalamualaikum WBT...
Tahniah buat Faeez...seorg anak muda yg telah mewarnai dunia Perjuangan...Teruskan Perjuangan anda...anda pilihan Allah...Takbir! AllahuAkbar!!!

About