Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Friday, February 11, 2011

Aku insan yang HINA



AKU INSAN HINA
setiap denyutan nadiku ada ENGKAU,
mana mungkin dapat aku hindarkan ENGKAU dari diriiku...

setiap kelemahan ku, ENGKAU kuatkan,
bodohlah aku jika melupakan-MU,

setiap kesulitan hidupku, ENGKAU senangkan,
mana mungkin aku lupakan-MU,

setiap kesakitan ku, ENGKAU sembuhkan,
hinalah aku jika tidak tabah dan sabar, sedang sakit itu meenghapus segala dosaku,

kerana aku INSAN HINA,
sering terlalai, sering terleka,
aku jauh dari-MU,
sedang ENGKAU sentiasa dekat dengan ku,

ingin aku jadikan engkau KEKASIH ku,
tapi layak kah seorang kekasih seperti ku, menjadi KEKASIH-MU,
sedang aku tidak pernah menghargai dan bersyukur dengan pemberian-MU,

semua yang ku ada hanyalah pinjaman dari-MU,
malunya aku menggunakan pinjaman ini dengan melanggar segala arahan-MU,
namun ENGKAU TETAP MAHA PENYAYANG,
tidak pernah mengambil semula pinjaman yang telah engkau berikan,

ampuni aku TUHAN.....
aku mohon sinarilah HATIKU dengan CINTA-MU,
agar aku tidak terkalih dengan CINTA DUNIA....

About