Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Sunday, September 11, 2011

Ucapan Takziah kepada sahabatku

Salam...
saya ingin mengucapkan ucapan takziah kepada sahabat baik saya Jannatul Firdaus atas pemergian ayahanda tersayang semalam. Kejadian berlaku ketika saya, cikgu rizal dan Jannatul sendiri berada di Ipoh.

Tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada ibu Jan yang memberitahui ayahnya tiba-tiba tidak sedarkan diri. Saya ketika itu memandu bergegas balik ke rumah jan dan sementara itu jan telefon Ambulan. Saya dengan secara emergency telah memandu laju. Semua lampu isyarat saya langgar.

Alhamdulillah selamat sampai dalam masa 10 minit je. sampai rumah jan saya terus mengangkat arwah ke dalam kereta dan bawa ke hospital. ambulan lambat sampai.
Tapi kerana ajal, ayahnya telah kembali ke rahmatullah ketika berada di rumah lagi. Moga rohnya dicucuri rahmat. Kita sentiasa di sampingmu Jannatul.. :)

kuatkan semangat ye :)

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang
yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)

ALFATIHAH...
Jannafiraz Timmy

http://3.bp.blogspot.com/_NpMZgc_4CLg/Sk8JToHDsKI/AAAAAAAAALc/kxHB4J5q_P4/s320/al-fatihah.jpg

1 comment:

farhana said...

KITA SEMUA MILIK ALLAH..:)

About