Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Tuesday, February 15, 2011

Terharu | Gembira !!!





Kelmarin adalah hari yang gembira bagiku.. hari yang sungguh bersejarah.. aku sangat gembira kerana ramai anak muda dan rakan- rakan aku sudah berminat dan menerima wadah perjuangan PAS. Mereka sudah sedar apa peranan politik untuk masyarakat, negara dan yang amat penting untuk agama Islam.

Beberapa minggu lepas, aku bersama rakan-rakan di Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah mendapat berita bahawa ramai pemuda- pemuda mahu menyerahkan borang keahlian PAS. Selepas itu, kami menyusun program untuk memberi semangat kepada anak-anak muda tersebut temasuk raka-rakan baik aku..

Kami telah telah bersetuju untuk membuat program majlis makan bersama Menteri Besar Perak Pilihan rakyat, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan kepimpinan lain.

Alhamdulillah..

program tersebut berjalan dengan lancar.. Nampak riak wajah gembira di muka anak-anak muda tersebut kerana kehadiran mereka disambut dengan meriah.
Aku harap, mereka akan bersama- sama dalam perjuangan untuk menegakkan agama Islam dan menghapuskan kezaliman pemerintah.

2 comments:

Nur Mujahidah said...

Alhamdulillah..Tahniah buat Faeez dan rakan2 seperjuangan...sesungguhnya nikmat seorg pejuang itu hanya mampu di rasai oleh org2 terpilih oleh Allah sahaja...Insyaallah...Takbir!!! Allahuakbar!!!

Nur Mujahidah said...

Alhamdulillah..Tahniah buat Faeez dan rakan2 seperjuangan...sesungguhnya nikmat seorg pejuang itu hanya mampu di rasai oleh org2 terpilih oleh Allah sahaja...Insyaallah...Takbir!!! Allahuakbar!!!

About