Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my place | Follow me

Monday, January 31, 2011

.: Selamat Sampai ke rumah membawa pelbagai kenangan :.


Alhamdulillah. Aku selamat sampai ke rumah dari Tenang, Johor kira-kira pukul 6 petang setelah lebih 8 jam perjalanan. Aku sangat merindui ibu bapaku, adik kesayanganku dan rumahku. Aku teringat kenangan aku di Tenang. Pelbagai suka duka yang aku hadapi. Pelbagai memori indah dapat ku abadikan.

Banyak pengalaman yang aku dapat. Kisah suka yang aku hadapi ialah melihat semangat juang penyokong PAS yang bertungkus lumus berkempen untuk memenangkan calon PAS, Cikgu Mala. Aku dapat mengetahui cara blogger dan media bertugas di pilihanraya. Aku juga dapat berjumpa dengan semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.


Berbekalkan RM300 yang aku bawa dari Batu Gajah hasil pemberian oleh rakan- rakan seperjuangan. Aku disana langsung tak sentuh tu untuk makan. Semua orang belanja. Duit bukan berkurang, tetapi bertambah. Ada lagi beberapa orang yang bagi aku duit sebagai bantuan untuk memberi aku semangat untuk aku meneruskan perjuangan. Aku sungguh terharu dengan keprihatinan rakan- rakan seperjuangan.


Kisah duka juga aku lalui. Bukan duka kerana kalah. Kamera DSLR aku tak berfungsi sebab terkena air hujan. Mood yang gembira bertukar duka. Aku bagi tau rakan- rakan seperjuangan di Batu Gajah. mereka kata, jangan pikir tu dulu. pikir balik dulu. pasai tu jangan risau... itu hanya dugaan dan cabaran kecil yang ku hadapi dalam perjuangan. ALLAH nak tengok adakah aku istiqamah dalam perjuangan.


Ini antara sedikit coretan. Sebenarnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

No comments:

About